dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Pokok Jawi, Perlis
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Encik Shahruddin

Kisah kejayaan ini adalah berkisarkan kehidupan seorang yang celik IT, Encik Shahruddin Bin Zakaria. Beliau berumur 64 tahun dan menetap di Baru 3 ½, Jalan Kurong Batang, 01000 Kangar, Perlis. Encik Shahruddin mula menjadi ahli PI Pokok Jawi sejak Januari 2015. Beliau sering datang ke PI Pokok Jawi untuk melayari internet. Beliau juga sangat memanfaatkan kemudahan yang ada di PI.

Sebelum beliau didedahkan dengan ICT, beliau tidak mahir dalam penggunaan komputer dan ICT. Pada mulanya beliau malu untuk belajar menggunakan kemudahan yang ada di PI Pokok jawi. Tetapi beliau cuba membuang perasaan malu demi untuk mempelajari penggunaan komputer dan ICT yang diadakan oleh pihak PI Pokok Jawi melalui kelas latihan ICT dan asas komputer. Kini, beliau telah mahir dalam melayari internet dan sering mengunjungi PI Pokok Jawi untuk melayari Berita Harian secara online bagi memperolehi maklumat/berita terkini.

Selepas mahir dalam ICT, beliau menyatakan kini beliau lebih senang mengetahui maklumat terkini dengan melayari internet sahaja. Beliau juga berkata kelas yang diadakan di PI Pokok Jawi sangat berguna kepada masyarakat setempat kerana dengan adanya kelas latihan yang diadakan, masyarakat setempat dapat mempelajari sesuatu yang baru dan dapat menambah pengetahun dalam ICT.

Beliau berharap masyarakat masa kini sedar akan kepentingan wujudnya PI adalah untuk memajukan dan meningkatkan pengetahuan ICT kepada komuniti.


Kisah Kejayaan Puan Ramlah Binti L. Akob

Puan Ramlah menjual bahulu tradisional secara persendirian. Beliau memasarkan produknya di kedai-kedai runcit sekitar Kampung Pokok Jawi sahaja. Mula berkecimpung dalam perniagaan ini sejak tahun 2008 lagi. Sebelum  beliau  didedahkan  dengan  ICT  beliau  hanya  mempromosikan  produknya  di kedai-kedai runcit berhampiran sahaja. Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Pokok Jawi,  perniagaan  beliau  kini  semakin  berkembang  dan  produk  bahulu  tradisional  sudah mula dikenali ramai.


Kisah Kejayaan Cik Nurasyikin

Cik Nurasyikin merupakan usahawan menjual kuih-muih tradisional secara persendirian. Beliau memasarkan produknya di kedai-kedai runcit sekitar Kampung Pokok Jawi dan Instagram. Mula berkecimpung dalam perniagaan ini sejak tahun 2015 lagi. Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Pokok Jawi,  perniagaan  beliau  kini  semakin  berkembang kerana beliau didedahkan dengan teknik yang betul dalam mempromosikan produk.


Kisah Kejayaan Syarifah Aisya

Latar belakang

Syarifah Aisya menjadi ahli PUSAT INTERNET Pokok Jawi sejak 2018. Beliau sering datang ke PUSAT INTERNET untuk melayari internet dan membuka email.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PUSAT INTERNET

Sebelum beliau didedahkan dengan ICT beliau tidak mahir melayari internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PUSAT INTERNET

Melalui kelas latihan ICT dan asas komputer yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Pokok Jawi, beliau kini telah mahir dalam melayari internet. Selain itu beliau sering menghadiri kelas-kelas yang diadakan di bilik latihan Pusat Internet.


Kisah Kejayaan Syaza Miza

Latar belakang

Syaza Miza menjadi ahli PUSAT INTERNET Pokok Jawi sejak 2018. Beliau sering datang ke PUSAT INTERNET untuk melayari internet dan membuka email.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PUSAT INTERNET

Sebelum beliau didedahkan dengan ICT beliau tidak mahir melayari internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PUSAT INTERNET

Melalui kelas latihan ICT dan asas komputer yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Pokok Jawi, beliau kini telah mahir dalam melayari internet. Selain itu beliau sering menghadiri kelas-kelas yang diadakan di bilik latihan Pusat Internet

_________________________________________________________________________________________________________________________________________

Latar belakang

Muhammad Amir Auf menjadi ahli PUSAT INTERNET Pokok Jawi sejak 2018. Beliau sering datang ke PUSAT INTERNET untuk melayari internet dan membuka email.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PUSAT INTERNET

Sebelum beliau didedahkan dengan ICT beliau tidak mahir melayari internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PUSAT INTERNET

Melalui kelas latihan ICT dan asas komputer yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Pokok Jawi, beliau kini telah mahir dalam melayari internet. Selain itu beliau sering menghadiri kelas-kelas yang diadakan di bilik latihan Pusat Internet.

_________________________________________________________________________________________________________________________________________

Latar belakang

 

Nurul Aina Najihah menjadi ahli PUSAT INTERNET Pokok Jawi sejak 2018. Beliau sering datang ke PUSAT INTERNET untuk melayari internet dan membuka email.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PUSAT INTERNET

 

Sebelum beliau didedahkan dengan ICT beliau tidak mahir melayari internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PUSAT INTERNET

  Melalui kelas latihan ICT dan asas komputer yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Pokok Jawi, beliau kini telah mahir dalam melayari internet. Selain itu beliau sering menghadiri kelas-kelas yang diadakan di bilik latihan Pusat Internet.

_________________________________________________________________________________________________________________________________________

 


 

 

 

 

 

© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.