dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Pokok Jawi, Perlis
  • Utama
    • Mengenai PI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

KDB dan Kursus Keusahawanan INTEL

23 Ogos 2015 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Ogos 2015, satu program Klik Dengan Bijak dan Kursus Keusahawanan Intel telah diadakan di Kolej Vokasional Kangar, Perlis. Seramai 23 orang pelajar lelaki, 45 orang pelajar perempuan dan 6 orang guru terlibat dalam program ini. Program ini diadakan dengan kerjasama PI Kg. Surau, PI Padang Besar Selatan, PI Tambun Tulang, PI Batas Lintang dan PI RPA Arau. Program ini diadakan bagi membangunkan peserta dalam kecekapan penggunaan teknologi dan melatih peserta dalam menjadi seorang usahawan muda. Ia juga dapat melatih mereka dalam melaksanakan pelbagai fungsi perniagaan dengan mudah dan lebih cekap dengan menggunakan ICT. Di samping itu juga, mereka turut didedahkan tentang pentingnya kewaspadaan dalam penggunaan internet. Para peserta juga turut didedahkan dengan tutorial dalam menghasilkan produk iaitu printed shirt (silk screen). Dengan adanya program ini, peserta dapat menambah pengetahuan dalam keselamatan menggunakan internet dan juga sebagai latihan awal dalam menjadi seorang usahawan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.