dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Pokok Jawi, Perlis
  • Utama
    • Mengenai PI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Laporan aktiviti PI bersama pelajar tadika Kemas Kg Abi

Minggu ke-4 bulan April 2015 | Aktiviti Terkini

Pada minggu ke-4 bulan April, Pusat Internet 1 Malaysia telah menjalankan Program Mewarna Menggunakan Perisan Komputer bersama kanak-kanak iaitu pelajar dari tadika KEMAS yang berdekatan dengan kawasan sekitar PI Pokok Jawi. Program ini dijalankan pada hari Isnin hingga Khamis mengikut jadual yang telah ditetapkan. Seramai 101 orang pelajar yang terdiri daripada 5 buah Tadika KEMAS iaitu dari Tadika KEMAS Kg Abi, Tadika KEMAS Kg Syed Omar, Tadika KEMAS Kg Nesam, Tadika KEMAS Batu 2 dan Tadika KEMAS Kubang Arang. Program ini dijalankan bagi melatih pelajar tadika menggunakan komponen komputer khususnya tetikus untuk mewarna menggunakan perisian komputer. Ia juga merupakan salah satu kurikulum dalam pembelajaran di tadika KEMAS. Di akhir program ini, pelajar dapat mengenalpasti jenis komponen komputer dan fungsinya dengan baik. Ia juga merupakan salah satu praktikal dalam penggunaan komponen komputer. Program ini juga dapat memberi pendedahan kepada pembelajaran berbentuk ICT.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.