dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Pokok Jawi, Perlis
  • Utama
    • Mengenai PI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Klik dengan bijak bersama Sekolah Kebangsaan Abi, Perlis

26 Mac 2015 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Mac 2015 bertempat di dewan Sekolah Kebangsaan Abi,Perlis telah berlangsung Program 'Klik Dengan Bijak'. Program ini dianjurkan dengan kerjasama Pusat Internet 1 Malaysia Padang Besar Selatan, Pusat Internet 1 Malaysia Tambung Tulang, Pusat Internet 1 Malaysia Batas Lintang, Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Surau dan Pusat Internet 1 Malaysia RPA Arau. Program ini adalah berteraskan Prinsip-prinsip Rukun Negara yang dilihat sebagai merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekankan dalam kehidupan kesemua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang. Program ini juga akan turut diselaraskan dengan "Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni" sebagai satu komponen penting, disamping selari dengan Matlamat Dasar Kebangsaan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Seramai 123 orang murid terlibat iaitu 68 orang murid lelaki dan 55 orang murid perempuan dan mereka terdiri daripada murid Darjah 4, 5 dan 6. Aktiviti ini harus diberi pendedahan kepada masyarakat umum terutamanya murid sekolah kerana dengan adanya pengetahuan 'Klik dengan Bijak' ini, mereka dapat melayari internet dengan lebih selamat dan peka dengan kegunaan media sosial yang ada.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.