dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Pokok Jawi, Perlis
  • Utama
    • Mengenai PI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Jelajah Jejak Digital Dan Klik Dengan Bijak Di Karnival Festkon UniMaAP Ulu Pauh, Perlis

22 Oktober 2015 | Aktiviti Terkini

Pada 16-21 September 2015 telah berlangsung program Jelajah Jejak Digital dan Klik Dengan Bijak di Karnival Festkon UniMAP Ulu Pauh, Perlis. Program ini dijalankan sempena Karnival Festival Konvokesyen Unimap ke 10. PI yang terlibat dalam program in ialah PI Pokok Jawi, PI RPA Arau, PI Padang Besar Selatan, PI Tambun Tulang, PI Kg Surau dan PI Batas Lintang. Sepanjang enam hari berlangsungnya program ini, seramai 165 orang pengunjung telah menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh SKMM ini. Antara aktiviti yang diadakan adalah Pameran Klik Dengan Bijak, Kuiz Silang Kata Klik Dengan Bijak, Klik Hunter, Typing Test Klik Dengan Bijak, Teka Bilangan Kiub Klik Dengan Bijak dan Pengenalan Check Your Label. Selain itu, cabutan bertuah juga turut diadakan untuk para pengunjung yang bertuah. Para pengunjung terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan kebanyakannya pelajar dari UniMAP Perlis. Program Jelajah Jejak Digital dan Klik Dengan Bijak ini bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Program ini disasarkan kepada golongan masyarakat yang paling terdedah kepada gejala jenayah dan salah laku siber iaitu golongan kanak-kanak, belia dan juga para ibu bapa dan penjaga.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.