CYBERSECURITY- Bahaya Serangan Malware
6 Mac 2026 | Aktiviti TerkiniPada 05 Mac 2026, telah berlangsungnya NADI X CYBERSECURITY_Bahaya Serangan Malware. Webinar ini berlangsung di NADI Pokok Jawi, bermula pada pukul 02:00 petang sehingga pukul 03:00 petang.
Sepanjang Webinar ini berlangsung, Pengajar menerangkan mengenai apa itu Ransomware. Ransomware ialah sejenis malware yang mengunci data mangsa dan menuntut bayaran untuk membukanya semula. Selain itu, Pengajar juga menerangkan mengenai contoh serangan Malware iaitu email palsu dengan lampiran berbahaya, muat turun perisian cetak rompak dan usb / peranti luaran dijangkiti malware. Antara lain, Pengajar juga memberi Demontrasi mengenai muat turun serangan Malware dan mengenai waspada scam Duit Raya yang terlalu berleluasa di Thread dan Instragram.
Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat meningkatkan pengetahuan peserta tentang Bahaya Serangan Malware dan dapat meningkatkan kesedaran bahaya internet dikalangan komuniti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: