Bengkel Canva & Kempen Internet Selamat di SMK Kuala Perlis

24 September 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 23 September 2025, telah berlangsungnya Bengkel Canva & Kempen Internet Selamat. Program ini berlangsung di Dewan Al- Biruni SMK Kuala Perlis bermula pada pukul 08:00 pagi sehingga pukul 02:00 petang.

Petugas NADI Perlis mendapat jemputan untuk menjayakan program ini. Antara aktiviti yang dijalankan oleh petugas NADI adalah pengenalan Canva, menghasilkan poster & pembentangan menggunakan Canv dan taklimat Kempen Internet Selamat.

Dengan adanya program seperti ini, dapat memberi kesedaran kepada pelajar sekolah mengenai bahayanya internet serta membina hubungan baik diantara petugas NADI, pelajar dan pihak MCMC.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali