Kempen Internet Selamat bersama Pelajar SK Jejawi

17 Julai 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Julai 2025, telah berlangsung Kempen Internet Selamat bersama pelajar Sekolah Kebangsaan Jejawi. Program ini berlangsung di Dewan Terbuka SK Jejawi bermula pada pukul 10:00 pagi sehingga pukul 12:00 tengah hari. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran mengenai Kempen Internet Selamat dalam kalangan pelajar sekolah rendah.

Sepanjang program ini berlangsung, petugas NADI memberi penerangan mengenai literasi digital iaitu aplikasi dan fungsi-fungsi aplikasi internet, had umur penggunaan media sosial, bahaya media sosial dan alternatif kepada media sosial seperti National Geografic Kids, Google Arts and Calture, dan sebagainya.

Dengan adanya program seperti ini, dapat memberi kesedaran kepada pelajar sekolah mengenai bahayanya internet serta membina hubungan baik diantara staf NADI, pelajar dan pihak MCMC.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali