NADI eSukan - PERKEMBANGAN DUNIA E-SUKAN
18 Disember 2025 | Aktiviti TerkiniPada 17 Disember 2025, telah berlangsung NADI eSukan LMS - PERKEMBANGAN DUNIA E-SUKAN. Kelas ini berlangsung di NADI Pokok Jawi bermula pada pukul 12:00 tengah hari sehingga pukul 01:00 tengah hari.
Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada para peserta mengenai perkembangan dunia e-sukan yang semakin pesat dan dinamik. Ia merangkumi pengenalan terhadap pelbagai peluang kerjaya, potensi ekonomi digital, serta peranan e-sukan dalam menyokong industri teknologi dan hiburan masa kini. Modul ini juga dirangka bagi meningkatkan minat, kesedaran dan pemahaman peserta terhadap e-sukan sebagai satu bidang yang positif, berdaya saing dan berpotensi untuk dibangunkan secara profesional.
Antara objektif aktiviti ini adalah: -
1) Memberi pendedahan kepada peserta mengenai perkembangan dunia e-sukan selaras dengan kemajuan teknologi digital masa kini.
2) Meningkatkan kesedaran peserta terhadap peluang kerjaya dan potensi ekonomi digital dalam bidang e-sukan.
3) Membentuk persepsi positif terhadap e-sukan sebagai medium pembangunan belia yang berdaya saing, beretika dan selari dengan nilai MADANI.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: