dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Pokok Jawi, Perlis
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Taklimat & Pendaftaran eKelas

07 Januari 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Januari 2018, telah berlangsung Program Taklimat dan Pedaftaran Maxis E-Kelas anjuran PI Pokok Jawi. Program ini diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia Pokok Jawi. Program ini berlangsung bermula jam 2.00 petang sehingga 6.00 petang. Program eKelas adalah mengenai kebolehan teknologi pengajaran, pembelajaran jarak jauh yang membuatkan pelajar berasa seronok, memberangsangkan dan memberikan idea tambahan, dilakukan melalui kandungan digital yang sangat interaktif, selaras dengan sukatan pelajaran sekolah di Malaysia.

Kami akan menyampaikan program eKelas di Pusat Internet (PI), yang diuruskan oleh Maxis. Program eKelas tersebut memberi tumpuan kepada tiga subjek kritikal iaitu Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris bagi Tingkatan 1, 2 dan 3. Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan PI dengan komuniti, dapat memperkenalkan PI dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang PI sediakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.